Train of thought #1

  Assalamualaikum everyone.

So we had our first meeting for Roastmaster Club 2 days ago and phew feels like a giant stone has been lifted off me. As the new *uhum* President, surely it was a nerve wrecking experience. I was hypervelanting the whole day before the night's meeting because I was so afraid that the meeting would flop. But guess what, it was not that bad after all. I asked a few of my friends and they said they actuallly enjoyed the meeting so alhamdulillah a'la kulli hal.


So we were put into pairs and for each round we were given a certain topic to discuss on.

 Ni list topic yang kita orang bincang:


1) The internet makes the student dumb(er)

2) Platonic relationship between girls and boys

3) Racism in Malaysia

4) Current national politics

5) Self-diagnosed Mental Illness


Nak ceritanya part yang paling buat aku awe-struck adalah dalam round yang cakap pasal self-diagnosed mental illness. Agak tersasar tapi aku dengan pair aku cakap pasal death jokes.

Korang perasan tak yang kita selalu guna phrase ni "Bunuh je la aku" or the fancy one "Nuh je la aqoe". Seems funny for some of us. Pastu our club advisor dia terdengar perbualan kami dan beliau cakap something like "I would not let my son use that phrase".

Like legit, time tu la aku baru sedar kita orang guna ayat tu macam in daily conversation sampai tak sedar pun death is huge matter. Macam mana kalau bagi kita ayat tu macam tiada efek pun tapi bagi orang yang ada PSTD contohnya, ayat tu boleh trigger dia. How insensitive of me. Kita selalu preach pasal suicide awareness, post pasal depression awareness tapi benda-benda yang boleh lead kepada semua perkara tu kita masih asyik guna. Astaghfirullah.

Kematian sepatutnya menginsafkan kita yang masih asyik dengan maksiat bukannya dijadikan satu bahan lawak. Berapa ribu orang yang dah mati menyesali akan kehidupan lepas mereka yang dipenuhi lagha dan nak hidup balik untuk buat amal kebaikan dan kebajikan tapi kita yang hidup ni selamba je wish nak mati (baca: as a joke).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia ialah orang yang diberi panjang umur dan digunakan untuk membuat kebaikan sebanyak-banyaknya dan sejahat-jahat manusia ialah orang yang diberi Tuhan umur panjang, tetapi digunakan untuk melakukan kejahatan dan kerusuhan.” (Riwayat Ahmad)


Rasulullah SAW menerusi sabda Baginda yang bermaksud: “Perbanyakkanlah mengingati mati yang akan menghapuskan kelazatan. Jika ia diingati dan direnung pada waktu susah, nescaya perasaan akan menjadi lapang dan tenang dan jika ia diingati pada waktu senang, nescaya hati dan perasaan akan sedar dan menginsafi diri.” (Riwayat al-Bazzar dan al-Baihaqi)


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetap ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu lakukan (serta membalasnya).” (Surah Al-Jumu’ah, ayat 8)


p/s:  I miss biah solehah and tarbiah kat maahad dulu.

Ciao, Amirah xoxo.

Comments

Popular Posts