Pengalaman Temuduga Biasiswa JPA-MARA ambilan 2020
Assalamualaikum dan Hai!
Kalau anda yang sedang membaca artikel ini dalam proses persiapan bagi temuduga mana-mana biasiswa, maksudnya anda sama juga seperti saya. Sebelum temuduga bahkan sebelum permohonan biasiswa bagi ambilan 2020 lagi, dah banyak laman web aku baca, bahkan bukan setakat blog tempatan malahan di twitter, instagram dan juga reddit.
Selepas keputusan SPM 2019 keluar, alhamdulillah berbekalkan 10A ,aku telah memohon biasiswa-biasiswa berikut:
1.Petronas
2.TNB
3.TM
4.Bank Negara
5.Shell
6.UEM
7.JPA-MARA
Baiklah, daripada bercerita panjang baiklah kita terus kepada idea utama post ini. Selepas sebulan aku menekan butang MOHON di laman web MARA bagi Biasiswa JPA-MARA ambilan 2020, aku telah menerima satu pesanan ringkas yang dihantarkan kepada nombor telefon aku yang menyatakanucapan tahniah kerana melepasi saringan pertama bagi biasiswa ini. Untuk saringan seterusnya aku dikehendaki menghantar satu video berdurasi 3 minit dan juga temuduga yang akan dijalankan atas talian. Persoalan yang perlu dijawab didalam video tersebut juga adalah mudah:
1.Perkenalan Diri
2.Jangkaan perjalanan hidup anda selepas 5 dan 10 tahun.
Syukur kepada Allah kerana aku dan dua orang sahabat karib aku juga berpeluang melepasi saringan pertama. Jikalau tidak silap, kami menghabiskan seminggu masa sebelum temuduga setiap malam menyiapkan diri dengan soalan-soalan yang berkemungkinan besar akan ditanya sewaktu temuduga itu nanti. Aku rasa memang efektif kerana aku secara personal sudah hilang skill komunikasi akibat PKP yang sedang berlangsung sewaktu itu, manakan mungkin, yalah aku hanya berkomunikasi menggunakan internet sepanjang 3 bulan itu.
Sesi temuduga dikendalikan selama 45 minit bersama 2 orang lagi pelajar yang juga memohon biasiswa yang sama namun kursus dan negara pilihan yang berbeza. Kami ditemuduga oleh 3 orang penemuduga. Sejujurnya, aku merasa sedikit kesal kerana seandainya COVID-19 tidak melanda dunia, mungkin aku dapat pergi sendiri ke Bangunan JPA dan merasai sendiri pengalaman temuduga secara bersemuka yang aku kira lebih mencabar dan dapat juga aku berkenalan dengan kawan baru. Tapi tak mengapa, pasti ada hikmahnya
Berikut merupakan soalan-soalan yang dikemukakan:
1. Explain about yourself.
Melalui pembacaan dan juga pengalaman lepas, walaupun soalan ini kelihatan amat senang namun agak susah untuk dijawab. Penemuduga tidak hendak akan senarai penuh biodata kita, warna kegemaran atau nama haiwan peliharaan. Namun, pada masa inilah masa yang paling tepat untuk pelajar memperkenalkan diri mereka masing-masing. Tampilkan sesuatu yang membuatkan anda kelihatan berbeza daripada orang lain. Disebabkan ini adalah temuduga biasiswa, sudah tentu anda sepatutnya menyelitkan "humble bragging". Bukannya apa, pada masa inilah anda perlu menceritakan kejayaan terbesar dan pencapaian anda. Hakikatnya, bilangan A yang anda peroleh tidaklah penting ketika ini kerana rata-rata yang melepasi saringan temuduga juga memperoleh keputusan yang sama.
Keterampilan dan pembawaan anda memastikan anda layak atau tidak memperoleh biasiswa.
2) Why do you choose to study oversea and not local ( memandangkan kursus yang aku mohon bertempat di UK)
Aku berminat dalam bidang Psychosurgery, jadinya aku ceritakan fasiliti dan teknologi canngih yang hanya terhad di negara barat tersebut. Tunjukkan kepada penemuduga secara khusus mengapa anda memilih negara-negara tertentu. Cara ini dapat memastikan jika calon benar-benar membuat keputusan rasional dan bijak dalam merancang. Takkanlah nak jawab, sebab suka-suka atau sebab penyanyi kegemaran saya berasal dari situ, kan? (uhuk One Direction)
3)Related Questions regarding my desired degree course
Pada permulaan temuduga, aku telah menceritakan hasrat aku untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Psikologi dan penemuduga lanjut menanyakan soalan-soalan berkaitan dengan kursus berikut seperti pendapat aku mengenai kes penyakit mental yang semakin meningkat saban tahun. Soalan-soalan yang bebrbentuk begini aku rasa senang dijawab kalau calon-calon benar minat dan bersemangat akan pilihan kursus masing-masing. Macam yang aku cakap tadi, pihak Scholar mahukan pelajar yang benar-benar tahu dan bersemangat untuk belajar.
4)Where do u see yourself in 5 years
TIPS:
1) Be passionate
Interviewer nak tahu sejauh mana kau minat kursus yang kau mohon. If you are really passionate about something, the interviewer can see it in your eyes. Kau nak jawab soalan berkaitan dengannya pun senang sebab kau dah ada misi yang jelas dengan apa yang kau nak. Pihak scholar ini nak orang yang jelas dengan masa depan dia sebenarnya, tahu kan?
2) Banyakkan tawakkal dan berdoa
At last, bukan pasal biasiswa je kene banyak tawakkal. Keseluruhan kehidupan pun, kalau Allah dah kata bukan rezeki kita tak dapat jugak. I might not be in the right place to say this but, Allah punya plan tu beribu kali ganda lagi better dari plan kita. Nak share pulak, time SPM aku tak rasa sedih langsung pun sebab tak dapat straight As instead aku tawakkal je bersyukur dengan apa yang aku dapat. Tengok-tengok dapat benda yang lebih baik. Trust me Allah tak kejam.
Feel free to reach out to me through Instagram @amrhble, I am more active there!
Adios, Assalamulaikum.
Temuduga dijalankan dalam bahasa melayu atau bahasa Inggeris?
ReplyDeleteAssalammualaikum nak tnya. Interview ni in English or in Malay sbb saya dngr ada org kata in Malay jgk?
ReplyDelete