First Day at Kolej Mara Banting (intake 20/22)

      
Assalamualaikum, Hi Everyone!

As I am writing this,it is currently 16:42,6 July 2020. Aku baru je habis kelas pemilihan subjek. Ok la sebab nak nampak kemas, aku akan buat jadual hari pendaftaran aku sebagai pelajar tajaan JPA-MARA bagi aliran Sains Sosial di Kolej Mara Banting.


        Daripada hotel, aku bergerak ke kolej dan sampai dalam pukul 9:30 gitu, as usual la sebab Covid-19, check suhu dan scan QR Code. Dah siap prosedur tu, aku masuk dalam satu bilik untuk hantar segala kertas-kertas yang JPA memang suruh setelkan sebelum datang sini. Secara jujur, perjalanan hari ini memang smooth gila. Dah habis tu, kitorang pergi another room untuk briefing as welcoming programme to KMB and also ada pesanan penaja.


     Just gonna summarize the whole taklimat. Disebabkan kitorang ambil IB, iaitu International Baccalaureate, things are not gonna be as easy as SPM. One of the speakers cakap, kalau zaman SPM, it is okay to be a alone ranger. You know, study sorang2 and stuff. Tapi, bila dah ambil IB or in general la kan, kehidupan selepas sekolah menengah, doing things alone are not an option anymore. You have to find groups, you have to increase your social skills sebab ada assignment group and stuff. We also have CAS, its kinda like aktiviti Kokurikulum back in High School tapi ada twist. CAS will influence your IB marks. Walaupun hanya menyumbang 1 markah tapi you can't afford to lose any marks. Yelah kalau kau nak fly IB marks kene 35 above, so kalau boleh mesti nak all out. Ini pesanan pihak KMB.


       Disebabkan aku dapat biasiswa JPA-MARA, obviously la pihak JPA pun kasi la taklimat. I think theres nothing unusual pun apa yang dia cakap sama je macam biasiswa lain. Tapi apa yang aku teringat kata2 dia adalah, dia cakap disebabkan kitorang funded by gov, kitorang semua ni adalah harapan rakyat dan kerajaan. Yelah, duit kerajaan kan duit hasil cukai rakyat etc. Senang kata, guna elok2 duit JPA-MARA sebab bukan senang nak dapat biasiswa ni. Amanah la dengan duit yang dapat. Gituw.


       Selepas itu,disebabkan JPA akan kasi duit every sem, JPA suruh buat account CIMB. Tapi nak tahu tak, rasa special gila do sebab pihak CIMB sendiri yang datang kat KMB tolong kitorang buat kad debit. 


       Dah habis urusan CIMB, aku naik kereta pergi asrama. Dah sampai asrama tu, ramai kakak-kakak duduk kumpul depan blok asrama aku. Diorang lah yang tolong angkat barang aku yang memang banyak gila. Memang baik sangat do diorang. Bilik KMB, 2 orang sebilik. Keluasan bilik aku, ok la jugak. I cant and wont say anything cause I am much more than bersyukur cause I dont have to pay anything from urusan pendaftaran hingga la urusan asrama. 2 orang satu bilik pun aku rasa cam bagus sangat dah alhamdulillah.


       Dalam pukul 2:45, lepas dah habis solat zohor aku pergi satu lagi room untuk pemilihan subjek. Disebabkan aku aliran sains sosial, memang takde masalah atau drama nak pilih kombo subjek dan sebagainya. After that kitorang ambil gambar untuk buat kad matrik.



         Oh btw aku terlupa nak cakap, pelajar tajaan JPA-MARA di KMB 2020 ada 17 orang sahaja. YA, 17 orang sahaja. Pastu dalam 17 orang tu, 5 orang je perempuan. Aku ni dah la unisex high school dulu, obviously mesti ada rasa malu tapi disebabkan aku dah biasa program campur jantina, it is not that awkward after all. Pihak JPA kata sepatutnya yang dapat 30 orang, tapi mungkin rezeki diorang kat lain.


    I think that's all I can conclude from today's activity. Aku pun sebenarnya malas nak type. 




Ciao, Assalamualaikum.

Comments

Popular Posts